PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) menyerahkan watikah perlantikan  ADUN Batu Talam, Datuk  Abdul Aziz Mat Kiram sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu pada Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada di Istana Abdul Aziz di sini. FOTO/ MUHD ASYRAF SAWAL

Nik Sukry Ramli

DUA lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan, pagi tadi.

Mereka ialah ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan ADUN Batu Talam, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Upacara Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah itu diadakan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dengan pelantikan itu, lengkap sudah barisan EXCO kerajaan negeri, selepas lapan daripadanya, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengangkat sumpah pada 15 Mei lalu.

Bagaimanapun, portfolio yang bakal disandang kedua EXCO yang baharu mengangkat sumpah itu belum diputuskan.

Sebelum ini, Wan Rosdy yang kini memegang empat portfolio berkata, beliau akan melepaskan dua daripadanya sebaik EXCO baharu dilantik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 1:07 PM