ZAIRULSHAHFUDDIN (dua dari kiri) bersama selebriti Diana Amir pada acara mengumpul dana.
ZAIRULSHAHFUDDIN (dua dari kiri) bersama selebriti Diana Amir pada acara mengumpul dana.
Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Dana sebanyak RM2.4 juta diperlukan misi kemanusiaan di empat negara. Itu jumlah yang diperlukan Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhwah 4 Ummah (U4U) untuk melaksanakan empat projek kemanusiaan, sekali gus menyantuni umat Islam di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, empat projek berkenaan disertai 12 selebriti yang akan menyelami kehidupan serta penderitaan dilalui penerima manfaat di empat negara terbabit.

“Bagi perancangan itu, kami akan melaksanakan empat projek iaitu ‘School 4 Godda’ di India, ‘Tabung 4 Marawi’ (Filipina), ‘Water 4 Malawi’ (Malawi) dan ‘Misija 4 Bosnia (Bosnia dan Herzegovina).

“IRM mengatur pelbagai pendekatan berbeza setiap tahun bagi mendekati masyarakat dan menyampaikan kempen kesedaran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku di peringkat global,” katanya.

Zairulshahfuddin berkata, empat projek ini mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga diangkat menjadi empat kempen utama bagi projek terbabit.

Katanya, ia meliputi sektor bekalan air bersih, pendidikan dan bantuan mangsa peperangan.

Antara selebriti terbabit ialah Irma Hasmie, Redza Shah, Lufya Omar, Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman, Lah Ahmad, Nadia Sabrina dan Dhirar Zainal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 3:47 AM