KAKITANGAN Pos Malaysia Norhaheira Anuar menunjukkan koleksi setem terbaru bertema ETS di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Syarafiq Abd Samad
KAKITANGAN Pos Malaysia Norhaheira Anuar menunjukkan koleksi setem terbaru bertema ETS di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Syarafiq Abd Samad
Farah Diana Baharudin


POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi setem terbaru bertema Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Selasa ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Diyana Lean Abdullah berkata, koleksi itu mempunyai tiga reka bentuk setem, dua daripadanya setem 60 sen yang menampilkan ilustrasi lokomotif ETS Class 91 dan Class 92, manakala setem 80 sen memaparkan lokomotif ETS Class 93.

“Kita mencetak 200,000 keping untuk setiap reka bentuk setem, 30,000 keping Lembaran Mini pada harga RM6.35 dan 1,800 keping folder berharga RM6.35 serta 28,000 helai FDC bersama brosur percuma dengan harga 55 sen setiap satu.

“Manakala untuk setiap set lengkap boleh didapati pada harga RM64.65," katanya pada majlis pelancaran setem ETS KTMB di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, lembaran mini dicetak dalam bentuk lokomotif dari pandangan sisi dengan ciri istimewa seperti tebukan bentuk khas, potongan terap dan teknik percetakan dikenali sebagai 'Spot Varnish' di kawasan terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 8:58 PM