ANGGOTA  APM menangkap ular tedung  di Kampung Linau, Kota Belud. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM menangkap ular tedung di Kampung Linau, Kota Belud. FOTO ihsan APM
Recqueal Raimi


WANITA melalui detik cemas apabila nyaris dipatuk ular tedung ketika sedang menyediakan sarapan kepada keluarganya di rumahnya di Kampung Linau, Kota Belud, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nurma Awal, 51, berkata, dia berada di ruang dapur dan baru selesai memasak dan membancuh kopi.

“Bagaimanapun, teko yang berisi kopi dipegang saya tumpah sedikit kerana terkejut melihat ular tedung yang hanya tiga meter di hadapan saya.

“Saya terlangkah sedikit secara mengundur dan mujur saya masih boleh mengawal pergerakan badan supaya reptilia itu tidak bertindak agresif," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Nurma, dia segera meletakkan teko diatas meja sebelum beredar ke ruang tamu dan meminta bantuan adiknya, Maiti Awal, 34, menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, Pegawai APM Unit Kota Belud, Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan pada 9.39 pagi, tiga anggota diketuai Ketua Skuad, Adinah Stibin bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba pihak APM dapati ular tedung berukuran 1.5 meter dengan berat satu kilogram berada di bawah meja di dapur rumah.

"Anggota APM segera menangkap reptilia berbisa itu menggunakan pencangkuk dan penyepit dan operasi selesai pada 10.05 pagi," katanya.

Caption:

1) ANGGOTA APMmenangkap ular tedung berukuran 1.5 meter di Kampung Linau, Kota Belud.

2) ULAR tedung berukuran 1.5 meter seberat satu kilogram berjaya ditangkap di rumah pengadu. FOTO ihsan APM

#kw ular, Kampung Linau

#loc 6.3532479999999998, 116.42787680000001

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2018 @ 11:43 AM