ISMAWI (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada Abdul Jalil (tengah) dan Yushaimi (dua dari kanan),
ISMAWI (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada Abdul Jalil (tengah) dan Yushaimi (dua dari kanan),
Shamran Sarahan

Petra Jaya: Pengurusan kanan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.

Kunjungan hormat jam 9 pagi itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid diiringi Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya dan Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi Nicholas Sagau.

Dalam sesi kunjungan hormat itu, Abdul Jalil bertukar pendapat mengenai kerjasama yang boleh dijalin antara NSTP bersama kementerian yang dinaungi Abdul Karim.

Ia menyentuh kerjasama dalam pembangunan inovasi media digital membabitkan sektor pelancongan dan sukan di negeri ini, khususnya melalui produk digital milik NSTP.

Selain pertemuan itu, Abdul Jalil bersama Yushaimi dan Nicholas juga turut mengadakan kunjungan hormat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni di Ibu Pejabat RECODA di sini, jam 12 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 3:23 AM