P Kamalathan beramah mesra dengan murid tahun 1 ketika majlis perasmian SJKT Bukit Serampang Indah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
P Kamalathan beramah mesra dengan murid tahun 1 ketika majlis perasmian SJKT Bukit Serampang Indah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Sabran Md Sani


KEMENTERIAN Pendidikan akan membentangkan hasil kajian untuk menilai semula isu beg berat dalam kalangan murid sekolah kira-kira sebulan lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, ketika ini kajian berkenaan sudah berada di peringkat akhir.

"Kira masih pantau dan menunggu laporan terakhir atas kajian dilakukan.

"Kemungkinan dalam sebulan dua akan siap dan dibentangkan kepada menteri," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai usaha Kementerian Pendidikan mengumpul maklumat mengenai perbezaan bebanan buku yang dibawa oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menangani isu murid dibebani kerja sekolah serta beg sekolah berat.

Perkara berkenaan mendapat perhatian Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, malah pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah memulakan proses mengumpul data dengan mengunjungi sekolah berkenaan di beberapa negeri sebelum menghantar maklumat penuh kepada kementerian untuk tindakan lanjut.

P Kamalathan beramah mesra dengan murid tahun 1 ketika majlis perasmian SJKT Bukit Serampang Indah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
P Kamalathan beramah mesra dengan murid tahun 1 ketika majlis perasmian SJKT Bukit Serampang Indah. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Mengulas lanjut mengenai kajian itu katanya, ia penting untuk mencari jalan cara penyelesaian dan sebagainya.

Beliau yang kerap turun ke sekolah sering memeriksa beg murid sekolah terutama membabitkan murid tahun satu.

"Saya semak, contoh saya pergi mana-mana sekolah, saya lihat murid tahun satu dan saya ambil beg dia.

"Saya nampak sekarang ada berkurangan sedikit (senario beg berat)," katanya.

Bagi SJKT katanya, Guru Besar dan guru di sekolah berkenaan diminta supaya tidak membebani murid dengan buku untuk tempoh seminggu.

"Sebaliknya bawa buku untuk hari itu saja dan ikut jadual ditetapkan, tapi kadang-kadang bukan berat buku, tapi beg berat, selaij faktor roda serta pemegang beg itu, sedangkan buku beberapa saja," katanya.

Terdahulu beliau hadir sempena Majlis Pengoperasian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Serampang, Bukit Indah, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif dan Pengerusi Perhubungan MIC Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir, Datuk M Asojan.

Pada majlis itu Kamalanathan turut menyampaikan khabar gembira mengenai kelulusan peruntukkan kira-kira RM300,000 bagi penyediaan infrastruktur sekolah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 7:08 PM