Bot nelayan asing yang ditahan di perairan Pulau Betong, Pulau Pinang, semalam. FOTO ihsan APMM
Bot nelayan asing yang ditahan di perairan Pulau Betong, Pulau Pinang, semalam. FOTO ihsan APMM
Rudy Syareme Sheriffudin


AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot bersama tekong warga Taiwan dan dua awak-awak Filipina di 6.4 batu nautika Barat Pulau Betong, Georgetown, 12.29 tengah hari semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, sepasukan pegawai dan anggota APMM terserempak dengan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati seorang tekong Taiwan bersama dua awak-awak Filipina berusia antara 20 hingga 40 tahun berada di bot berkenaan.

"Mereka memasuki perairan negara tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Berikutan itu, tiga lelaki terbabit dan bot ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya hari ini.

Hamizan berkata, sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di perairan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 3:53 PM