Keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS. FOTO ihsan APM
Keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS. FOTO ihsan APM
Norasikin Daineh


JUMLAH mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Membakut, Beaufort, meningkat kepada 555 orang berbanding 489 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut dan PPS Saint Patrick.

“Mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Membakut membabitkan 128 mangsa daripada 46 keluarga manakala di PPS Saint Patrick seramai 427 mangsa daripada 148 keluarga.

“Peningkatan jumlah mangsa banjir ini disebabkan masih banyak kawasan dinaiki air dan beberapa jalan raya terputus hubungan akibat banjir," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Sungai Membakut juga masih berada di paras bahaya iaitu 7.09 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 5:34 PM