Keadaan motosikal yang rosak teruk manakala mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. FOTO Ihsan PDRM
Keadaan motosikal yang rosak teruk manakala mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. FOTO Ihsan PDRM
Mohamad Fahd Rahmat


PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi berusia 23 tahun maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 78 Lebuhraya PLUS arah utara berdekatan Machap-Ayer Hitam, Johor kira-kira 11 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Chang Thein Shen, dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum melanggar tayar lori berkenaan sebelum digilis.

“€œSiasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Kawasaki Versys 650 dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar tayar lori berkenaan.

“€œMangsa mati serta- merta di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”  katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian mangsa yang menyebabkan kemalangan dan meragut nyawanya sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 10:16 PM