Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: “Saya memaafkan anak murid saya dan keluarganya. Sudah pasti saya mendoakan dia berjaya suatu hari nanti dan jadi anak yang baik,” kata Azizan Manap, 44, atau dikenali Cikgu Azizan selepas dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Cikgu Azizan tidak dapat menahan sebak ketika melangkah keluar dari kamar mahkamah selepas mahkamah membuat keputusan itu.

Beliau ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberi sokongan terhadapnya terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

“Dari lubuk hati, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada guru, PIBG, NUTP dan semua yang hadir.

“Saya hargai semua doa mereka. Saya anggap anda semua sahabat dan saudara saya. Saya mendoakan kita semua dirahmati. Saya tidak berdendam dengan murid itu serta keluarganya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 5:52 AM
CIKGU Azizan (tengah) mendapat sokongan ramai ketika menghadiri prosiding kesnya di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
CIKGU Azizan (tengah) mendapat sokongan ramai ketika menghadiri prosiding kesnya di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.