Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Datuk Azlan Shahrim (kiri) dan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pos Malaysia Nor Azizan Tarja (kanan) pada Majlis Pelancaran Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganza di Kompleks Dayabumi, hari ini. (Gambar kecil) Datuk Azlan Shahrim. FOTO Aziah Azmee.

Lizam Ridzuan

POS Laju, cabang kurier Pos Malaysia Berhad menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memperoleh ganjaran hebat menerusi pelancaran Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravanganza berjumlah RM222,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, peraduan berlangsung daripada 1 Disember 2017 hingga 28 Februari 2018 itu dadakan untuk menggalakkan orang ramai memilih Pos Laju sebagai kurier pilihan utama mereka.

“Pelanggan hanya perlu membelanjakan minimum RM30 dalam satu resit untuk produk Prabayar Pos Laju seperti kotak, sampul atau pelekat dan penyertaan terbanyak mempunyai peluang tinggi untuk menang,” katanya ketika pelancaran.

Empat kategori utama ialah Hadiah Xtravanganza, Hadiah Super Grand, Hadiah Grand serta Hadiah Bulanan dan 60 pelanggan bertuah akan dipilih setiap bulan pada Januari, Februari dan Mac 2018.

Pelanggan boleh menghantar penyertaan menerusi SMS ke 62033 atau mengisi butiran di laman web peraduan di www.lajuxtravaganza.poslaju.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 1:12 PM