Badrul Hisham Yahya, 43, maut selepas motosikal Kawasaki Z800 ditunggangnya merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kiri, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca
Badrul Hisham Yahya, 43, maut selepas motosikal Kawasaki Z800 ditunggangnya merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kiri, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca
Mohd Hafizee Mohd Arop


SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal Kawasaki Z800 ditunggangnya merempuh treler membawa besi konkrit yang berhenti di lorong kiri di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, Badrul Hisham Yahya, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan memberhentikan kenderaannya di lorong kiri untuk membuat pemeriksaan brek.

“Pemandu lori yang sedang membuat pemeriksaan kemudian terdengar dentuman kuat dan mendapati sebuah motosikal berkuasa tinggi merempuh belakang kenderaannya.

“Mangsa sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke Lenggong," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 7:23 PM