PENGARAH Jabatan Strategi Komunikasi Korporat Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Aeron Munajat (kiri) beramah mesra dengan murid selepas menyampaikan sijil pada Majlis Penyerahan Sijil Tamat Kursus Asas Bahasa Mandarin, di Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang Patah. FOTO Zain Ahmed

HM Digital

USAHA Forest City menganjurkan Kursus Asas Bahasa Mandarin kepada komuniti di lima sekolah angkatnya mula menunjukkan hasil.

Penyertaan syarikat korporat itu dalam melaksanakan pembelajaran bahasa Mandarin bermula di peringkat sekolah berjaya memperkasakan sahsiah pesertanya.

Selain itu, turut berjaya meningkatkan kefahaman budaya dan memudahkan komunikasi dalam komuniti pelbagai kaum membabitkan murid, guru dan ketua komuniti.

Pengarah Jabatan Strategi Komunikasi Korporat Country Gardan Pacificview Sdn Bhd, Aeron Munajat, berkata program itu diperkenalkan kepada lima sekolah angkat syarikat itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Morni Pok, SK Tanjong Adang, SK Tiram Duku, SK Tanjung Kupang dan SK Pendas Laut.

Beliau berkata, setiap sekolah itu terdiri daripada wakil 20 murid tahun tiga hingga lima, 20 guru dan ketua kampung di kawasan berkenaan.

PENGARAH Jabatan Strategi Komunikasi Korporat Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Aeron Munajat (tengah) menyampaikan sijil kepada guru sekolah pada Majlis Penyerahan Sijil Tamat Kursus Asas Bahasa Mandarin, di Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang Patah. FOTO Zain Ahmed

Program itu satu sumbangan Forest City untuk membentuk sekumpulan modal insan dalam aspek positif iaitu membina keyakinan diri dan menambah daya saing.

Ia sejajar dengan aspirasi korporatnya melaksanakan pembangunan secara inklusif termasuk masyarakat yang tinggal dalam lingkungan projek mega itu.

“Semua peserta berkursus tiga bulan pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Kursus diadakan di Pusat Komuniti Setempat di Kampung Pok dan pengambilan pertamanya dijalankan pada Ogos hingga November lalu.

“Pengambilan kedua pula bermula Januari hingga Mac 2018 yang akan membabitkan 120 peserta,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil kepada 120 peserta Kursus Asas Bahasa Mandarin di SK Tanjong Adang, semalam.

Aeron berkata, program yang juga insiatif tanggungjawab sosial korporat Forest City itu akan diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 11:17 PM