Ahli keluarga mengiringi jenazah Mohd Tarmizi di pekarangan Jabatan Forensik di Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
Ahli keluarga mengiringi jenazah Mohd Tarmizi di pekarangan Jabatan Forensik di Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
Zuliaty Zulkiffli


BEDAH siasat ke atas jenazah Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan akibat dipukul.

Mangsa meninggal dunia jam 12.35 tengah malam semalam selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan selepas cedera akibat diserang oleh anak lelakinya.

Mangsa dipukul anaknya berusia 28 tahun yang ketika itu dipercayai dalam pengaruh dadah di rumah mereka di Kampung Baru Sri Muda Sungai Korok, Jitra kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Selain mangsa, isterinya, Tom Wahid, 64, turut cedera di belakang badan akibat diserang anaknya menggunakan gergaji dan alat penimbang air.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, berikutan itu polis membuka semula siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Berita berkaitan

Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 11:17 PM