TIL Misan  dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.
TIL Misan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, semalam selepas mengaku bersalah merosakkan barang dan mengugut mahu membakar rumah dan kereta bapanya.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Til Misan Mohamed, 33, mengaku bersalah terhadap keidua-dua pertuduhan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman bagi kedua-duanya berjalan serentak.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di rumahnya, secara tiba-tiba tertuduh masuk ke kediaman dan mengamuk dengan mengambil kerusi plastik sebelum memukul cermin almari perhiasan hingga pecah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 9:58 AM