ANGGOTA AADK memeriksa individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah.
ANGGOTA AADK memeriksa individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah.
HM Digital

Ampang: Seorang tukang urut wanita antara 10 individu ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Ampang dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Pada serbuan bermula jam 9 malam, semua individu yang berusia antara 34 hingga 45 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif syabu.

Penyelaras Operasi AADK Cawangan Ampang Mohd Alam Shah Hamdan berkata, wanita berusia 39 tahun ditahan di rumahnya di Ulu Kelang ketika asyik khayal.

“Kami turut merampas peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 6:23 AM