Kebakaran kecil di myNEWS.com, pusat beli- belah Mid Valley Megamall, Bangsar, kira-kira 7 malam, hari ini.
Kebakaran kecil di myNEWS.com, pusat beli- belah Mid Valley Megamall, Bangsar, kira-kira 7 malam, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


KEDAI serbaneka myNEWS.com di aras bawah tanah di pusat beli- belah Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur terbakar kira-kira 7 malam, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.10 malam.

"Seramai 24 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Hang Tuah dan BBP Seputeh ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat kebakaran kecil di dalam kedai serbaneka berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.33 malam.

"Kami mengarahkan sebahagian kedai yang terletak berhampiran lokasi kejadian ditutup sementara atas faktor keselamatan.

"Bagaimanapun, kawasan lain di sekitar pusat beli-belah ini dibenarkan beroperasi seperti biasa," katanya.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 9:44 PM