Fardy Bungga


DUA lagi individu ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan 100 rangka dan bangkai penyu di Semporna, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, wanita berusia 30-an ditahan di Kampung Amboh-Amboh, Pulau Bum-Bum manakala lelaki berusia 40-an ditahan di Pulau Dinawan.

Katanya, beberapa lagi suspek yang sudah dikenal pasti akan ditahan selepas ini namun pihaknya berdepan kesukaran untuk menahan individu terbabit berikutan tiada maklumat berhubung lokasi mereka.

"Pemburuan semua suspek ini akan diteruskan dengan bantuan anggota Pasukan Polis Marin, Taman-Taman Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kira-kira 100 rangka penyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Berita berkaitan:

Buru, jual isi penyu

Palauh punya angkara

'Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?'

'This is bad for all', kata pemilik foto

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 9:38 PM