DARI kiri, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Profesor Akademi Islam Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Mu'amalat USIM, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin pada Persidangan Tadbir Urus dan Jaminan Syariah PNB-USIM di Hotel Royale Chulan.

Nabil Basaruddin

JAWATANKUASA Fatwa Negeri Pulau Pinang memberi kelulusan harus kepada produk pelaburan unit amanah yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) khususnya untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, kelulusan terbabit

menjadikan kesemua negeri di Malaysia memberi kelulusan itu selepas yang terbaru menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 27 April lalu.

h

Beliau berkata, perkara itu sekali gus membuktikan PNB sebagai syarikat pelaburan negara begitu memberi keutamaan dalam memperkasa produk pelaburan patuh syariah demi kepentingan para pelabur.

"Para pelabur serta masyarakat perlu mempunyai pemahaman yang tepat mengenai status dana-dana ASNB khususnya ASB memandangkan ia sering kali dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

"Situasi ini pada masa sama mendorong PNB untuk mengambil beberapa pendekatan dalam mempertingkat pematuhan syariah bagi produk pelaburan yang ditawarkan," katanya ketika merasmikan Persidangan Tadbir Urus dan Jaminan Syariah PNB-USIM di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 3:08 PM