ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas di sungai di kawasan Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanty Durming
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas di sungai di kawasan Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanty Durming
Ainul Durmahyanty Durming


DUA lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di sungai di kawasan Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu, semalam,ditemui lemas hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Anggus, 24, dan Ancar, 19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod berkata, mayat Ancar ditemui pada jam 8.01 pagi oleh orang awam, kira-kira 250 meter (m) dari lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata, mayat Anggus pula ditemui kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian.

"Selepas ditemui, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 11.55 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang di kawasan sungai berkenaan oleh beberapa penduduk kampung berkenaan yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 5:33 PM