NAJIB  menerima cenderahati gambar kenangan bapanya Tun Abdul Razak daripada Pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Wan Sajiri Wan Hassan (kanan) pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas  Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, semalam.
NAJIB menerima cenderahati gambar kenangan bapanya Tun Abdul Razak daripada Pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Wan Sajiri Wan Hassan (kanan) pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, semalam.
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Kerajaan Pusat tidak akan meluluskan projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang jika ia merugikan rakyat dan tidak mesra alam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana projek yang dilakukan kerajaan negeri mestilah tidak harus memberi impak dan kerugian besar kepada penduduk setempat.

Menurutnya, projek pembangunan yang dilakukan juga mestilah mempunyai tiga kriteria utama.

“Sekiranya projek ini dijalankan ia akan memberi kesan dan menjejaskan 1,500 nelayan yang dilihat umpama mencampak pasir dalam periuk mereka.

“Selain itu, sebarang projek pembangunan mestilah mesra alam dan juga menjimatkan wang rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Jamuan Rakyat di Politeknik Balik Pulau, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Sementara itu, Najib turut meluangkan masa 30 minit untuk menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri.

Kehadiran beliau disambut lebih 1,000 warga sekolah sekali gus mengulangi sejarah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang merasmikan pembukaan sekolah itu 48 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 8:20 AM