ASAP tebal akibat kebakaran boleh dilihat pada jarak kira-kira satu kilometer. FOTO Ihsan bomba
ASAP tebal akibat kebakaran boleh dilihat pada jarak kira-kira satu kilometer. FOTO Ihsan bomba
Mohd Hasbi Sidek


LAPAN kilang di Taman Perindustrian KIP, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya hangus dalam kebakaran, jam 2 petang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 2.07 petang.

“Lapan jentera bersama 39 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Selayang, Rawang dan Damansara dikerah ke lokasi.

“Apabila kami tiba, api marak membakar keseluruhan kilang. Bagaimanapun, semua pekerja kilang terbabit sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, asap tebal boleh dilihat pada jarak kira-kira satu kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 5:00 PM