Lori yang membawa muatan balak terbalik di Jalan Batu 42-Parit Panjang dekat Kampung Charok Salang. (Gambar kanan) Keadaan sebuah motosikal yang dihempap kayu balak. FOTO ihsan pembaca
Lori yang membawa muatan balak terbalik di Jalan Batu 42-Parit Panjang dekat Kampung Charok Salang. (Gambar kanan) Keadaan sebuah motosikal yang dihempap kayu balak. FOTO ihsan pembaca
Safuri Kamarudin


LORI sarat muatan kayu balak terbalik di Jalan Batu 42-Parit Panjang berdekatan Kampung Charok Salang, Baling, 1 tengah hari, hari ini.

Bagaimanapun, pemandunya, Tan Chong Meng, 61, dari Taman Kampung Raja, Sungai Petani tidak mengalami kecederaan dan sempat menyelamat diri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, lori balak berkenaan dalam perjalanan dari arah Baling menghala ke Parit Panjang.

Beliau berkata, tiba di tempat kejadian, sebuah kereta keluar dari persimpangan dengan mengejut menyebabkan lori itu terbalik ketika cuba mengelak.

"Pemandu lori dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya kerana cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari persimpangan dengan mengejut.

"Lori itu terbalik dan menghempap sebuah motosikal diletak di tepi jalan berkenaan. Mujur tiada penunggang ketika itu," katanya.

Shariffuddin berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 3:05 PM