ALZAFNY (tengah) menunjukkan pil dadah serta daun Ketum yang dirampas. FOTO Faiz Anuar
ALZAFNY (tengah) menunjukkan pil dadah serta daun Ketum yang dirampas. FOTO Faiz Anuar
Faliq Lajim


POLIS merampas 26 bungkusan daun ketum, 43 botol air ketum serta 439 pil Eramin 5, Yaba dan Ecstacy di Bandar Puteri, Klang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, suspek berusia 30-an yang juga kontraktor berstatus bankrap turut ditahan pada 2.30 pagi.

"Suspek yang menaiki kereta ditahan dalam sekatan jalan raya yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Siasatan lanjut mendapati lelaki itu membawa 26 bungkus daun ketum seberat 28 kilogram dalam bonet keretanya," katanya di Klang, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut pihaknya menemui satu beg galas hitam mengandungi 43 botol berisi cecair iaitu air ketum.

"Kita juga menemui beberapa paket mengandungi pelbagai pil antaranya Eramin 5, Yaba dan Ecstacy berjumlah 439 pil.

"Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM7,000," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2), 39A(1), 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 7:27 PM