Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan wang dan  beg   kepada bakal jemaah haji Parlimen Masjid Tanah di Masjid Al-Ehsan,   semalam.
Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan wang dan beg kepada bakal jemaah haji Parlimen Masjid Tanah di Masjid Al-Ehsan, semalam.
BAKAL  jemaah haji Parlimen Masjid Tanah  yang menerima sumbangan wang dan  beg pakaian.
BAKAL jemaah haji Parlimen Masjid Tanah yang menerima sumbangan wang dan beg pakaian.
Hassan Omar

Alor Gajah: Seramai 152 bakal jemaah haji sekitar Masjid Tanah termasuk dalam kalangan suami isteri diraikan dalam program khas di Masjid Al Ehsan, Kampung Londang, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Pada majlis itu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, turut menyampaikan sumbangan beg sandang dan wang tunai RM100 kepada semua bakal jemaah.

Beliau berkata, peluang ke Tanah Suci bukan saja perlu dimanfaatkan untuk beribadat kepada Allah SWT, malah mampu mengeratkan hubungan suami dan isteri.

“Ini rahmat yang Allah berikan kepada suami isteri menunaikan haji bersama-sama, mereka berbulan madu sepanjang di Tanah Haram.

“Majoriti suami isteri saya temui menyatakan mereka menjadi semakin rapat, mesra dan lebih peka dengan pasangan masing-masing kerana risau terpisah di celah jemaah lain,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) Melaka Noor Ahmad Abdul Rahman dan Pengerusi Masjid Al-Ehsan Datuk Abdul Mutalif Che Mat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 6:36 AM