Anggota APM membersihkan kayu yang hanyut dibawa arus di Kampung Siasai, Kota Belud. FOTO Ihsan APM
Anggota APM membersihkan kayu yang hanyut dibawa arus di Kampung Siasai, Kota Belud. FOTO Ihsan APM
Junaidi Ladjana


LEBIH 4,000 penduduk dari 10 kampung di Kota Belud terjejas akibat banjir kilat yang melanda daerah berkenaan, hari ini.

Bagaimanapun, setakat 9 malam ini masih tiada pemindahan penduduk dilakukan dan keadaan cuaca baik serta air mulai surut.

Banjir kilat yang berlaku 12.30 tengah hari itu membabitkan Kampung Bobot, Ejuk, Gunding, Siasai Tamu, Siasai Kumpang, Menunggui/Karang Benai, Lingkodon, Sadok-Sadok, Linau Liang dan Donggoi, susulan hujan lebat sejak 8.30 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin berkata, sebanyak 936 rumah terjejas akibat banjir kilat berkenaan.

"Anggota APM sudah dikerah ke lokasi banjir untuk pemantauan dan turut membersihkan kayu yang hanyut dibawa arus berhampiran rumah penduduk.

"Setakat ini, tiada operasi pemindahan penduduk dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 10:11 PM