KERETA jatuh ke dalam longkang akibat tanah runtuh. FOTO ihsan Bomba

Norizuan Shamsuddin

DUA kereta mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh di kawasan parkir kenderaan berdekatan Flat Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabtan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian jam 6.46 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak dikerahkan ke lokasi bagi bagi bantuan.

"Setibanya di lokasi jam 7.02 pagi, anggota mendapati terdapat kejadian tanah runtuh dan kejadian tidak membabitkan mangsa.

"Hanya dua kereta model Proton Wira dan Honda Jazz didapati masuk ke dalam longkang akibat kejadian itu.

"Kajadian dipercayai berlaku akibat aliran air daripada longkang bawah tanah dan pihak bomba turut memohon bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 9:59 AM