GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafizuddin Mohd Safar


LELAKI ditemui lemas ketika keluar mencari belangkas di kawasan perairan pantai Pulau Ketam, dekat Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika mangsa, Suhaimi Abdul Majid, 31, bersama seorang lagi rakan mengharungi air cetek di kawasan terbabit untuk mencari belangkas.

Jurucakap polis berkata, maklumat diterima mengatakan paras air tiba-tiba meningkat kerana berlaku air pasang, namun hanya rakan mangsa yang sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa yang terkapai-kapai dihanyutkan air pasang dan rakannya cuba membantu, namun tidak berjaya.

“Mayat mangsa dijumpai orang kampung berhampiran lokasi dia dihanyutkan pada 2.40 petang.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tunku Fauziah untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 6:22 PM