KANAK-KANAK Darul Izzah, Bangi  bersama staf MKH pada Pelita Ramadan di Mydin Mall Semenyih.
KANAK-KANAK Darul Izzah, Bangi bersama staf MKH pada Pelita Ramadan di Mydin Mall Semenyih.

Kajang: Syarikat pemaju hartanah terkemuka, MKH Berhad menyediakan hadiah kepada tiga kanak-kanak yang berjaya membuat penjimatan tertinggi daripada peruntukan RM150 yang disediakan menerusi program Pelita Ramadan, baru-baru ini.

Pelita Ramadan adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MKH untuk berkongsi nilai murni bulan Ramadan yang mulia bersama anak-anak yang kurang bernasib baik.

Menerusi program ini, 22 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi dibawa membeli-belah di Mydin Mall Semenyih untuk persiapan Aidilfitri.

Seramai 20 sukarelawan menyertai program ini dengan semangat tinggi demi tujuan menyumbang kepada masyarakat dengan sekadar yang boleh dan menguatkan silaturahim antara rakan sekerja.

Menurut MKH, program berkenaan diadakan untuk memupuk tabiat penyimpanan duit serta perancangan bajet harian dalam kalangan 22 kanak-kanak yang terbabit dalam aktiviti interaktif yang dinamakan Berbelanja dengan Bijak bersama sukarelawan MKH.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 5:55 AM