Bill Kayong mati ditembak pada pagi 21 Jun 2016.
Bill Kayong mati ditembak pada pagi 21 Jun 2016.
Mohd Rizal Abdullah


TIGA lelaki yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan setiausaha PKR Miri, Bill Kayong, tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Miri hari ini.

Ahli perniagaan Datuk Datuk Lee Chee Kiang, Lie Chang Loon dan Chin Wui Chung dibebaskan daripada tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kerana bersubahat dengan Mohamad Fitri Pauzi.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Ravinthran N Paramaguru, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menunjukkan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 sehingga 16 Jun sebagai tarikh pembelaan bagi Mohd Fitri yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah, mati ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Tudan, pada pagi 21 Jun tahun lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan senapang patah di leher.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 2:12 PM