MOHAMAD Adzib (empat dari kanan) melihat Modul Istitabah MAIS bersama wakil penerima setiap negeri.
MOHAMAD Adzib (empat dari kanan) melihat Modul Istitabah MAIS bersama wakil penerima setiap negeri.
Siti Nor Amirah Abu Bakar

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) menjadi pelopor menghasilkan Modul Istitabah MAIS untuk digunakan terhadap pesalah akidah yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Modul pertama itu memberi rujukan secara teori dan praktikal terhadap cara pemulihan pesalah akidah dan bakal menjadi panduan kepada seluruh Pejabat Agama Islam di setiap negeri.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dengan adanya modul itu, pesalah akan melalui proses pemulihan bermula di peringkat saringan klinikal, saringan kerohanian Islam dan pengukuran tahap riddah.

“Modul ini menyediakan khidmat sokongan pasca pemulihan bagi memastikan akidah mereka terus kekal.

“Malah modul ini terbukti keberkesanannya kerana ia sudah diuji kepada ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad di penjara Kajang selama enam bulan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Modul Istitabah, di sini, semalam.

Mohamad Adzib berkata, sepanjang tempoh percubaan itu, Abdul Kahar menjalani beberapa fasa utama termasuk rawatan spiritual Islam, proses pemulihan serta sokongan.

Modul Istitabah itu dihasilkan melalui kerjasama Jawatankuasa Al Riqab MAIS, Ketua Panel Penggubal Modul Istitabah serta Ahli Jawatankuasa Penilai Istitabah negeri itu.

Pada majlis itu, sembilan wakil Pejabat Agama Negeri hadir bagi menerima modul berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 5:18 AM