Hamizah Badiran


Idea dekorasi sesuatu ruangan itu berbeza mengikut kepada citarasa tersendiri sama ada meminati konsep tradisional, Inggeris, moden dan lain-lain.

Bagi mengukuhkan lagi elemen kepada konsep dekorasi yang menjadi pilihan, hiasan bagi setiap ruang perlu dititikberatkan seperti menggunakan kertas dinding untuk menonjolkan identiti konsep berkenaan.

Pengarah Urusan Edaran Luqkissa Sdn Bhd, Zakiyah Zainuddin berkata, bagi kediaman berkonsep moden, garapan kertas dinding yang berona bumi dapat menambahkan karakter dekoratif latar dinding utama.

“Sentuhan kertas dinding dengan rekaan, warna dan tekstur berbeza menambah seri serta mengindahkan hiasan kerana berfungsi sebagai titik tumpuan bagi segenap ruang.

“Ruang itu juga akan lebih menyerlah sekiranya warna pastel digabungkan dengan warna kertas hiasan dinding yang terang,” katanya.

Tambah Zakiyah, aura moden atau kontemporari sinonim dengan tata hias ringkas, tidak terlalu sarat dengan perhiasan dan mudah diubah suai reka letaknya.

“Untuk pemilihan langsir misalnya, konsep moden antara yang popular kerana ia bersifat malar segar dan pelanggan boleh memilih fabrik yang bercorak atau polos tetapi minimalis.

“Namun, jika perabot sudah terlalu padat dengan corak, saya menyarankan untuk memilih kain bertekstur tetapi tidak bercorak untuk mengimbangi hiasan ruangan itu,” katanya yang turut menyediakan perkhidmatan dekorasi hiasan dalaman selain jahitan langsir dan menjual perabot.

INFO

EDARAN LUQKISSA SDN BHD

• Alamat: Lot 22, Jalan Medan Pusat 2C, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

• Telefon: 03-89275531

• E-mel: [email protected]

• Facebook: luqkissa furnishing/custom chesterfield malaysia

• Instagram: custom_chesterfield_malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 10:38 AM