KAKITANGAN SCM menunjukkan sampul Diwali edisi terhad dan kotak barangan kemas di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.
KAKITANGAN SCM menunjukkan sampul Diwali edisi terhad dan kotak barangan kemas di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Seberang Jaya: Hadiah loket emas 916 bakal dimenangi pengunjung ke pusat beli-belah Sunway Carnival Mall (SCM) di sini, dalam meraikan sambutan perayaan Diwali bermula 14 hingga 30 Oktober ini.

Pengurus Pemasaran SCM Sharley Ooi berkata, sempena sambutan Deepavali, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi memberikan keceriaan kepada pengunjung.

Beliau berkata, bagi menambah keunikan pihaknya menyediakan keindahan Rangoli dihiasi dengan manik kristal dan susun atur bunga-bungaan menarik di pintu masuk utama.

“Pelbagai aktiviti menarik seperti seni pasir halus Deepavali, bengkel membuat kad ucapan origami, persembahan peralatan muzik India, tatu Henna dan banyak lagi disediakan.

“Selain itu, jangan lepaskan peluang keemasan untuk memenangi loket emas 916 sempena musim perayaan ini apabila berbelanja RM500 dan ke atas (RM350 dengan kad kredit HSBC) dengan gabungan maksimum dua resit pada hari sama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 9:51 AM