Siti Farahiyah Aziz


Kuala Lumpur: Lebih 2,000 penyertaan diterima namun hanya lapan yang layak memenangi peraduan Mudah Menang Harian Metro (HM) Siri Kedua Minggu Keenam yang diumumkan, semalam.

Kebanyakan peserta gagal meneka dengan tepat jumlah logo yang diberikan selain slogan tidak bersesuaian.

Pemenang paling kreatif diraih Norhishammudin Md Shah dari Marang, Terengganu yang menggunakan kotak kaca untuk mempamerkan borang penyertaan.

Bagi pemenang empat tiket Taman Tema Legoland bernilai RM900 pula diraih Yuzlina Che Yaakob dari Sri Pulai Perdana, Johor.

Enam pemenang slogan terbaik memenangi wang tunai RM500 ialah Aminatunmardziah Muhammad Halib, Mazlan Mohd Sam, Noor Hasiah Hasan, Norazlan Musirat, Mazlan Harun dan Izwan Masrom.

Pengumuman semua pemenang dibuat oleh Pengarang Berita Harian Metro Noor Azam Ab Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 11:39 AM