LANDO (tengah) dan Othman (tiga dari kanan) bersama ahli Brotherhood.
LANDO (tengah) dan Othman (tiga dari kanan) bersama ahli Brotherhood.
myMetro

Kuala Lumpur: “Tolong buat kerja yang diamanahkan,” demikian luahan rasa pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) Malaysia kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung keadaan jalan berlubang yang mungkin mengundang musibah kepada pengguna jalan raya.

Azlan Sani Zawawi pada masa sama turut menggesa pihak berkuasa supaya tidak mengharapkan aduan orang awam semata-mata, sebaliknya turun padang dan mengenal pasti kerosakan jalan yang dialami.

“Ambil contoh keadaan jalan dan corak kerja pihak berkuasa tempatan luar negara seperti Australia misalnya, setiap jalan yang berlubang diselenggara dengan baik, malah konsep turapan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya yang juga dikenali sebagai Lando pada majlis pelancaran tar jenama Brotherhood dengan kerjasama Road System Resources (RSR)

Turut hadir, Pengurus RSR, Othman Ayob.

Azlan Sani berkata, Brotherhood wujud untuk membantu sistem gerak kerja PBT ke arah yang lebih baik demi kepentingan nyawa pengguna jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 5:05 AM