PENDUDUK Saujana Utama 3  bergotong-royong membersihkan Surau Al-Muhajirin.
PENDUDUK Saujana Utama 3 bergotong-royong membersihkan Surau Al-Muhajirin.
Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Sungai Buloh: Surau Al-Muhajirin, Saujana Utama 3, di sini masih memerlukan peruntukan tambahan kira-kira RM600,000 bagi tujuan melengkapkan pembangunan infrastruktur surau berkenaan.

Pengerusinya Badrul Idza Badarudin berkata, ia meliputi perancangan membina sebuah dewan serba guna, ruang meletak motosikal dan bumbung tambahan (awning).

“Permohonan sudah dibuat kepada Unit Perancangan Ekonomi beberapa bulan lalu, tetapi memerlukan sumbangan orang ramai atau syarikat korporat juga supaya pembinaan fasa ketiga surau ini dapat dilakukan segera.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (12168010005379) atas nama Pembinaan Surau Saujana Utama 3 atau 562740109815 (Maybank) Surau Al-Muhajirin,” katanya ketika ditemui pada program Gotong-Royong Surau Al-Mujahirin, semalam.

Surau berkenaan yang siap dibina pada September 2014 adalah hasil inisiatif penduduk kawasan itu menerusi sumbangan orang ramai, syarikat korporat dan bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM75,000.

Pembinaan membabitkan tiga fasa itu bernilai RM850,000 boleh memuatkan seramai 400 jemaah dalam satu masa.

Menurutnya, pelbagai usaha lain dilakukan untuk mendapatkan dana bagi pembinaan peringkat awal dan berjaya memperoleh kutipan RM35,000.

Beliau berkata, kawasan perumahan terbabit yang dibuka sejak 2007, kini mempunyai penduduk kira-kira 4,500 orang dan kemudahan berkenaan boleh digunakan untuk memperkukuhkan ukhuwah masyarakat di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 9:05 AM