Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (Utusan Melayu) dan empat defendan lain berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berkemungkinan diselesaikan secara baik melalui proses mediasi.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar selaku plaintif, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar semalam di hadapan Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman.

Turut hadir peguam Choo Shi Jin yang mewakili Utusan Melayu dan peguam G Navinthar mewakili TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 5:36 AM