HAIRUDDIN
HAIRUDDIN

Kuala Lumpur: “Saya percaya bukan semua penyokong Ultras Malaya yang terbabit dengan budaya samseng bola sepak atau hooligan, tetapi sikap segelintir individu yang ‘pendek akal’ ini yang mencemarkan nama baik negara,” kata Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar.

Katanya, kehadiran ramai penyokong ke stadium termasuk Ultras Malaya memang membantu membangkitkan semangat pemain beraksi cemerlang, namun apabila segelintir individu yang mendominasi khalayak penonton memulakan provokasi pasti ada yang terpengaruh dan turut membuat onar.

Insiden kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu disifatkan paling teruk sehingga memaksa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan pada minit ke-88 dikatakan mempunyai kaitan dengan kelab penyokong yang menggelarkan mereka sebagai Ultras Malaya.

Hairuddin yang juga kapten pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, tindakan berkenaan bukan saja menjejaskan bola sepak malah mencemarkan nama baik negara sehinggakan ada rakannya di Australia dan United Kingdom bertanya kerana menyangka berlaku kekecohan besar apabila dilaporkan media antarabangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:35 AM