Oleh Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Dua perompak yang gemar menggunakan pistol palsu untuk menakut-nakutkan mangsa ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan jenayah.

Suspek sebelum itu dikatakan menyusup masuk ke kawasan kondominium di Taman Melati, Setapak, di sini, jam 3.45 petang kelmarin.

Suspek dipercayai mengekori penghuni kediaman yang juga gadis berusia 22 tahun menaiki lif ke tingkat 19 kondominium itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek menyerbu masuk ke dalam kediaman itu sebaik pintu dibuka.

Menurutnya, suspek menunjukkan objek menyerupai pistol untuk mengertak mangsa dan ibu bapanya.

“Seorang suspek turut mengambil pisau di dapur dan mengacukan ke arah mangsa sebelum mengarahkan mereka berkumpul di ruang tamu kediaman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:20 AM