“Ini kali pertama saya menyaksikan wajah mayat kehitaman manakala tubuhnya sempurna sepanjang hidup saya,” kata sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bagan Datoh ketika membantu Agensi Penguatuasaan Maritim Malaysia (APMM) membungkus mayat dalam kejadian bot karam di Jeti Ladang Sungai Bernam.

Saadam Hussain Fie, 24, berkata, sejak hari pertama, dia ditugaskan ke operasi mencari dan menyelamat kejadian berkenaan, dia sukar melelapkan mata selepas melihat sendiri wajah mayat yang dibawa dari bot APMM ke jeti sebelum dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 7:06 AM