RUMAH rakit yang diserbu, semalam.
RUMAH rakit yang diserbu, semalam.
Oleh Ahmad Othman


Kota Tinggi: Sebuah rumah rakit di Kampung Semayong, Kuala Sedili di sini, yang dijadikan ‘port’ penagih dadah melepaskan gian diserbu polis malam kelmarin dan menahan empat lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, semua lelaki berusia 21 hingga 41 tahun yang ditahan itu dipercayai penagih dadah.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi diketuai Asisten Superintendan Mohd Haidzir Che Pa mengepung lokasi berkenaan pada jam 12.10 tengah malam hasil maklumat awam.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, semua lelaki yang berada dalam rumah rakit itu cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas kerana kawasan itu sudah dikepung.

“Pemeriksaan lanjut menemui lima peket plastik cerah mengandungi tumbuhan kering disyaki ganja seberat 137 gram,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 8:55 AM