Ju Ariana dinobatkan Tokoh Pemimpin Siswa 2015.
Ju Ariana dinobatkan Tokoh Pemimpin Siswa 2015.

Nibong Tebal: Seawal usia enam tahun, dia didedahkan dengan aktiviti sukarelawan yang membabitkan komuniti dan minat itu menjadi sebati di dalam dirinya hingga diumumkan sebagai Tokoh Pemimpin Siswa 2014.

Lebih membanggakan, kejayaan Ju Ariana Ibrahim, mahasiswi dari Universiti Sultan Zainal Abdidin (Unisza), Terengganu itu diumumkan sendiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Transkrian di sini, malam kelmarin

Ju, 24, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian diumumkan sebagai Tokoh Sukarelawan Siswa 2014, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sebuah motosikal Modenas serta trofi.

Katanya, dia berharap kejayaan berkenaan dapat menjadi inspirasi dan menarik minat pelajar lain terutamanya pelajar Unisza untuk aktif dalam persatuan serta aktiviti sukarelawan.

“Ramai mahasiswa bimbang untuk aktif dalam persatuan kerana tidak mahu prestasi akademik mereka akan terjejas,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:21 AM