PASUKAN PASKAL  tangkas menjayakan misi.
PASUKAN PASKAL tangkas menjayakan misi.
DEMONSTRASI letupan kapal.
DEMONSTRASI letupan kapal.
  SEBAHAGIAN daripada kapal perang yang mengambil bahagian sempena LIMA 2015 di Perairan Porto Malai, Langkawi.
SEBAHAGIAN daripada kapal perang yang mengambil bahagian sempena LIMA 2015 di Perairan Porto Malai, Langkawi.

Langkawi: Demonstrasi khas maritim yang dipamerkan di perairan berhampiran Resort World Langkawi (RWL) menjadi tarikan utama di segmen maritim sempena LIMA’15, semalam.

Berlangsung selama 30 minit, ia mempamerkan keupayaan dan ketangkasan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Pasukan Khas Laut (PASKAL), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Perikanan.

Demonstrasi itu adalah gabungan pergerakan dan keupayaan aset permukaan serta udara seperti bot pemintas P38 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), P052 (JKDM), PL31 dan PL38 (Jabatan Perikanan).

Turut terbabit dalam demonstrasi khas itu termasuk dua helikopter Fennec dari skuadron 502 dan sebuah helikopter Super Lynx (skuadron 501) TLDM, selain masing-masing sebuah pesawat Bombardier serta AS365 N3 Dauphin (APMM).

Demonstrasi mulai jam 3.30 petang didahulukan dengan lintas lalu bot pemintas dengan masing-masing mempamerkan kelajuan sehingga 65 knot berjaya memukau kira-kira 2,000 penonton yang membanjiri pekarangan RWL, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:22 AM