SURAT permohonan lesen yang digunakan pemilik premis.
SURAT permohonan lesen yang digunakan pemilik premis.
GRO yang ditahan ketika serbuan di pusat hiburan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.
GRO yang ditahan ketika serbuan di pusat hiburan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Segelintir pemilik kelab hiburan dikesan menjadikan surat permohonan lesen dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai ‘lesen kebal’ untuk menjalankan perniagaan haram.

Harian Metro difahamkan, terdapat beberapa pemilik kelab hiburan di ibu kota beroperasi secara haram walaupun premis itu masih belum diluluskan lesen beroperasi.

Bagaimanapun kelicikan pemilik pusat hiburan itu dibongkar jam 12 tengah malam kelmarin apabila sebuah premis hiburan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, diserbu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, premis hiburan sekitar ibu negara yang didapati menggunakan surat permohonan lesen untuk menjalankan aktiviti melakukan satu kesalahan besar.

“Mengikut peruntukan undang-undang, setiap pemilik premis hiburan dalam proses mendapatkan permohonan lesen tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti hiburan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:24 AM