ALISYA Syafira kini dirawat di hospital akibat melecur terkena air panas.
ALISYA Syafira kini dirawat di hospital akibat melecur terkena air panas.

Kota Bharu: Keadaan Alisya Syafira Zuliksyan, bayi malang berusia 33 hari yang melecur teruk dalam kebakaran rumahnya pada 31 Disember lalu kini dilaporkan semakin stabil.

Ibu bayi itu, Rohayu Baharudin, 24, berkata, anaknya dilihat mula bergerak dan menunjukkan perkembangan positif.

“Kecederaan di bahagian dada dan kepala Alisya Syafira beransur sembuh walaupun luka masih belum kering sepenuhnya.

“Keadaan paru-parunya juga menunjukkan tanda yang positif dan doktor sedang berusaha untuk membersihkan paru-paru anaknya daripada asap beracun akibat terhidu asap tebal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Metro Ahad kelmarin melaporkan, Alisya Syafira dan kembarnya, Alisya Syahira yang berusia 33 hari cedera terbakar masing-masing 38 peratus dan 52 peratus selepas rumah mereka di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah terbakar, 31 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 8:05 AM