ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Kow.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Kow.
HM Digital

Tanjung Karang: “Ketika kejadian (kebakaran) saya sedang menguruskan kedai perniagaan membaiki barangan elektrik di pekan (Tanjung Karang) ini sebelum ternampak asap tebal,” kata Kow Kok Keong, 49.

Kow antara mangsa kebakaran dua rumah dalam kejadian pagi semalam di Jalan Tepi Sungai dekat sini.

Dalam kejadian jam

10 pagi itu, dua rumah terletak bersebelahan terbakar dengan rumah sewa musnah manakala rumah diduduki Kow
20 peratus terbakar.

Kow berkata, sejurus ternampak asap tebal dari kedainya, dia rasa tidak sedap hati sebelum bergegas pulang.

“Saya terus pulang dan apabila tiba nampak rumah terbakar namun isteri, ibu dan dua anak saya sempat keluar dari rumah,” katanya.

Kow berkata, rumah papan didiami itu peninggalan mendiang bapanya yang berusia
50 tahun.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang Azmi Abbas berkata, sepasukan 28 anggota bersama empat jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kami menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Sekinchan dan Sungai Besar.

“Sebaik tiba, kami mendapati dua rumah terbakar dan kami mengambil masa sejam memadamkan kebakaran itu,” katanya.

Menurut Azmi, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih disiasat.

Katanya, sebuah rumah musnah manakala rumah bersebelahan terbakar 20 peratus iaitu di bahagian bumbung dan dinding.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 12:23 PM