Kuala Lumpur: AirAsia Indonesia, syarikat penerbangan milik Indonesia adalah hasil usaha sama antara AirAsia Berhad menerusi AirAsia Investment Limited dan PT Indonesia AirAsia.

AirAsia memiliki 49 peratus saham manakala, 51 peratus dimiliki PT Indonesia AirAsia.

AirAsia Indonesia ditubuhkan pada Disember 2004 melalui usaha sama antara AirAsia International Ltd dan PT Awair International.

Sebelum dibeli oleh AirAsia Berhad, syarikat penerbangan berkenaan dikenali sebagai Air Wagon International (AWAIR).

Ia diketuai ketua pegawai eksekutif, Sunu Widyatmoko dan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

AirAsia Indonesia beroperasi dari lima hab iaitu Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan Medan.

Ketika ini, AirAsia Indonesia menggunakan 30 pesawat Airbus A320.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:15 AM