TOMATO boleh membuatkan kucing cirit-birit.
TOMATO boleh membuatkan kucing cirit-birit.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Memiliki haiwan peliharaan bermakna mempunyai tanggungjawab besar berkaitan kebajikan haiwan berkenaan.

Maka pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan ia sihat, kelihatan bersih dan gembira.

Tidak sekadar hanya memberi perhatian kepada tempat tinggal, memberi makanan berkhasiat, kesihatan dan perhatian.

Ada perkara lain perlu dititik beratkan iaitu makanan dan tumbuhan merbahaya serta aduan penderaan demi kesejahteraan haiwan peliharaan.

Terdapat beberapa makanan berbahaya dan menyebabkan keracunan kepada haiwan kesayangan.

BAWANG putih mengandungi zat ‘N-propyl disulfide’ dalam bawang putih.
BAWANG putih mengandungi zat ‘N-propyl disulfide’ dalam bawang putih.

1. Bawang merah dan bawah putih

Zat 'N-propyl disulfide' yang terkandung dalam bawang dan bawang putih akan menghancurkan sel darah merah pada kucing yang mengakibatkan anemia.

Ancaman bahaya lain jika haiwan peliharaan itu makan seulas bawang putih atau potong besar bawang merah yang boleh menyebabkan sakit perut.

Gejala masalah itu seperti kemaluan bertukar kemerahan, muntah dan lesu.

2. Anggur atau kismis

Bahan kimia tertentu dalam pelbagai jenis anggur boleh menyebabkan kegagalan ginjal kucing.

Reaksi negatif ditunjukkan kucing apabila makan anggur atau kismis ialah muntah berulang.

Gejala lain ialah kelesuan, kehilangan selera makan dan ketidakselesaan perut.

Sekiranya lewat mendapatkan rawatan ia boleh meningkatkan risiko bahaya dan mengancam nyawa.)

TERDAPAT makanan merbahaya kepada kucing.
TERDAPAT makanan merbahaya kepada kucing.

3. Avokado

Buah daun, pokok dan kulit tanaman ini mengandungi toksik merbahaya kepada kucing. Ia boleh merosakkan otot jantung.

Gejala dialami kucing jika terkena toksik ini ialah muntah, cirit-birit, lesu dan mengakibatkan haiwan ini sukar bernafas.

Selain itu, kucing yang makan buah avokado boleh menyebabkan keradangan kepada pankreas.

Gejala yang teruk ialah sakit perut, demam dan masalah pencernaan kronik.

ROTI mengandungi yis.
ROTI mengandungi yis.

4. Kuih mengandungi yis

Yis banyak digunakan dalam pembuatan kek dan roti untuk mengembangkan makanan berkenaan.

Tetapi yis tergolong dalam bahan atau makanan yang merbahaya kepada kucing.

Ia menyebabkan perut kucing menjadi kembung dan 'berbelit' yang boleh mengancam nyawa serta membawa maut.

5. Tomato belum masak

Tomata belum masak mengandungi bahan tomatine yang jika dimakan akan menyebabkan kucing mengalami gangguan sistem penghadaman teruk.

Selain itu, si bulus menjadi lemah, muntah-muntah dan cirit birit.

Sekiranya kucing anda mengalami gejala ini hendaklah segera dibawa ke klinik veterinar untuk rawatan lanjut.

Jika lewat bertindak boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan haiwan kesayangan anda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2024 @ 6:20 AM