HAIWAN setia dan manja ini dikatakan memiliki jangka hayat sekitar 10 hingga 15 tahun. - FOTO Google
HAIWAN setia dan manja ini dikatakan memiliki jangka hayat sekitar 10 hingga 15 tahun. - FOTO Google
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BAGAIKAN ahli keluarga, kehadiran haiwan peliharaan menjadi pelengkap kepada sesebuah keluarga.

Dengan adanya haiwan peliharaan, suasana rumah pastinya lebih ceria.

Namun, seperti makhluk bernyawa lain, haiwan peliharaan juga pasti akan 'pergi' meninggalkan pemiliknya apabila tiba ajalnya.

Tolak tepi faktor masalah kesihatan atau kemalangan secara tiba-tiba, setiap pemilik seharusnya perlu tahu anggaran jangka hayat haiwan peliharaan masing-masing.

Ini memastikan mereka lebih bersedia dan boleh menerima situasi apabila haiwan kesayangan 'pergi' meninggalkan buat mereka selama-lamanya.

1) Kucing

Ia antara haiwan comel yang sering menjadi pilihan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Kucing yang dibela dalam rumah dikatakan memiliki jangka hayat lebih lama berbanding kucing gelandangan kerana perlindungan yang diperoleh.

Namun, jangka hayat kucing dikatakan hanyasekitar 10 hingga 15 tahun, tetapi ada juga yang mampu mencapai usia 20 tahun.

2) Tikus belanda

Tikus belanda atau 'hamster' dikatakan mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding tikus biasa.

Namun, ia juga bergantung kepada spesiesnya dan purata hanya antara dua hingga tiga tahun.

3) Burung

Terlalu banyak spesies

burung yang menjadi haiwan peliharaan, jadi jangka hayatnya juga berbeza.

Tetapi, burung diakui antara haiwan yang memiliki jangka hayat panjang iaitu melebihi 10 tahun jika dilindungi dan dijaga dengan baik.

Spesies kakaktua juga dikatakan mampu mencapai usia sehingga melebihi 30 tahun.

ANTARA haiwan yang memiliki jangka hayat panjang iaitu iaitu melebihi 10 tahun jika dilindungi dan dijaga dengan baik. - FOTO Google
ANTARA haiwan yang memiliki jangka hayat panjang iaitu iaitu melebihi 10 tahun jika dilindungi dan dijaga dengan baik. - FOTO Google

IKAN laga antara ikan air tawar yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. - FOTO Google
IKAN laga antara ikan air tawar yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. - FOTO Google

HAIWAN comel, manja dan jinak yang mudah dijaga serta memiliki jangka hayat panjang. - FOTO Google
HAIWAN comel, manja dan jinak yang mudah dijaga serta memiliki jangka hayat panjang. - FOTO Google

4) Anjing

Antara haiwan peliharaan yang paling setia dengan tuannya.

Kebanyakan anjing mampu hidup sehingga belasan tahun, namun bergantung kepada saiz serta spesiesnya.

5) Kura-kura

Haiwan yang semakin mendapat ramai peminat kerana ia mudah dibela dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.

Metabolismanya yang rendah dan proses hibernasi kura-kura menjadikan haiwan itu memiliki jangka hayat panjang.

Ia mampu mencapai usia sehingga puluhan tahun.

6) Arnab

Haiwan comel, manja dan jinak yang mudah dijaga serta memiliki jangka hayat panjang.

Anggaran purata umur arnab adalah antara lapan hingga 12 tahun.

7) Ikan laga

Antara ikan air tawar yang paling digemari dan menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Jangka hayat ikan laga adalah antara tiga hingga lima tahun, namun ada sesetengah spesies boleh mencapai usia lebih lapan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 6:47 AM