CANON EOS R8 ini dilengkapi dengan keupayaan visual serta gambar yang sangat baik.
CANON EOS R8 ini dilengkapi dengan keupayaan visual serta gambar yang sangat baik.
Muhammad Saufi Hassan


BAGI pengguna yang mahu berjinak-jinak dengan dunia fotografi khususnya untuk tujuan 'vlog' pastinya rencam dalam mencari kamera yang bersesuaian.

Ada puluhan kamera dalam kategori 'mirrorless', namun tidak banyak yang memenuhi kehendak pengguna atau menawarkan keupayaan yang diperlukan.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan semua kamera keluaran Canon dalam kelas 'mirrorless' iaitu EOS R8 dengan kit lensa RF24-50 yang memberikan keupayaan serta kefungsian maksimum kepada pengguna.

Canon EOS R8 ini mempunyai keupayaan untuk merakam video definisi penuh 180p serta video kualiti tinggi 4K 60p dengan 6K 'oversampled.'

Ia dilengkapi dengan mod AF antaranya rakaman gambar 'One-Shot AF', Fokus AF Kecerdasan Buatan (AI), Servo AF dan 'Movie' Servo AF.

Untuk pemilihan poin AF pula, pengguna boleh melakukan 'Spot AF', poin satu AF, Kawasan Luas AF dengan Zon Fleksibel AF.

Kamera ini juga didatangkan dengan 24.2 megapiksel sensor CMOS dengan 10 bit HDR Heif dan 10 bit C-Log3 untuk memberikan kualiti rakaman lebih terperinci dan sangat baik.

Bagi pengguna yang tidak begitu mahir dalam penggunaan kamera kategori ini, Canon EOS R8 boleh disifatkan sebagai mesra pengguna kerana sesiapa saja boleh mengoperasikan tanpa sebarang masalah.

KAMERA segmen 'mirrorless' menjadi pilihan kebanyakan penggemar fotografi.
KAMERA segmen 'mirrorless' menjadi pilihan kebanyakan penggemar fotografi.

Ia tidak memerlukan pengguna yang profesional sebaliknya pengguna amatur atau kali pertama juga tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengoperaskan peranti ini.

Canon EOS R8 ini juga dilengkapi dengan AF AI untuk mengesan manusia iaitu badan, muka dan mata, haiwan antaranya anjing, kucing, burung dan kuda, kenderaan dan kefungsian automatik.

Pengguna boleh menghidupkan kefungsian berkenaan dengan menghidupkan 'Automatik AF' serta menghidupkan atau mematikan kefungsian berkenaan.

Kefungsian penstabilan imej juga boleh dihidupkan menerusi lensa manakala skrin boleh dipusingkan mengikut kesesuaian.

Secara keseluruhannya, Canon EOS R8 ini adalah pilihan tepat kerana ia mampu merakam imej jelas serta kefungsian video yang sangat baik.

Untuk itu, pengguna tidak perlu bimbang berkenaan pengoperasian kamera terbabit kerana sesiapa saja boleh menggunakan kamera berkenaan.

Keupayaan rakaman gambar dan visual antara perkakas yang terbaik, malah pengguna tidak perlu menjadi profesional kerana ia turut dilengkapi dengan mod rakaman gambar pelbagai.

Kamera ini dilengkapi dengan mod potrait, potrait lebih daripada seorang, mod rakaman pemandangan dan beberapa mod lain yang memudahkan pengguna.

Ia juga tidak membebankan pengguna jika mahu membawanya kerana tidak terlalu berat, mudah dioperasikan dan memiliki kualiti gambar yang sangat baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 6:30 AM